Sunday, July 05, 2015

Posted by Jqaf | 0 comments

Pertandingan Surau Imarah peringkat Daerah

Alhamdulillah, Surau An-Nahdhoh telah terpilih untuk meneruskan pertandingan Surau Imarah ke peringkat daerah PPD Petaling Perdana.Pada hari Isnin 6 Julai 2015, pasukan pemantau dari unit Pendidikan Islam PPDPP akan datang untuk membuat pemeriksaan dan seterusnya merasmikan Surau An-Nahdhoh.Semoga Surau An-Nahdhoh menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.

0 comments:

Saturday, July 04, 2015

Posted by Jqaf | 0 comments

Agihan Juadah Iftar kepada Asnaf

Alhamdulillah, selesai sudah agihan juadah ifthar kepada murid-murid asnaf.Majlis telah diadakan pada hari Jumaat 3 Julai 2015 dan agihan bermula jam 4 petang hingga jam 7.00 petang.Semoga anak-anak ini dan keluarganya diberkati Allah dan mendapat kehidupan yang lebih baik.Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru pelaksana majlis.






0 comments:

Posted by Jqaf | 0 comments

Tadarus Al-Quran SK Puchong Indah 1436 H

Alhamdulillah, program tadarus al-Quran telah selesai selama 3 hari.Program berlangsung pada 30 Jun sehingga 2 Julai bermula jam 7.20 pagi hingga 9.20 pagi.Pada tahun ini, murid-murid tahun 5 dipilih dan mereka telah dibahagikan mengikut kumpulan tahap bacaan.Semoga program ini dapat membudayakan al-Quran dalam diri anak-anak bagi kejayaan dunia dan akhirat.








0 comments: