Pengenalan Panitia
[PENGENALAN]
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
"Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur'an dan al- Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat."
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Panitia Pendidikan Islam dibentuk untuk menentukan hala tuju dan merealisasikam matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan Islam.Ia juga bertindak sebagai satu unit dakwah untuk mewujudkan iklim dini di sekolah.Selain itu, panitia pendidikan Islam juga harus berusaha menjadi pemandu dan pemimpin kepada panitia-panitia lain bagi menjelmakan satu pasukan yang sentiasa bergerak mengikut lunas-lunas Islam.
LAMAN WEB
Laman web Panitia Pendidikan Islam Sk Puchong Indah diwujudkan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan Pendidikan Islam di samping menyalurkan pelbagai info dan bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam di sekolah.
OBJEKTIF
1) Menjadi pusat rujukan khusus untuk pelbagai maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam dan j-QAF.
2) Menyalurkan maklumat terkini tentang aktiviti panitia kepada GPI dan Guru j-QAF untuk makluman dan tindakan segera.
3) Menyediakan pelbagai bahan untuk kegunaan guru pendidikan Islam (GPI), j-QAF dan juga murid untuk memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran.
4) Menjadi tempat perbincangan di kalangan GPI bagi meningkatkan kualiti pengurusan panitia Pendidikan Islam di peringkat sekolah.
5) Menyediakan pelbagai pautan laman web berkaitan dengan dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi manfaat GPI, Guru j-QAF dan murid.
6) Menyediakan peluang kepada Guru-guru untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti panitia sekolah dan berkongsi bahan untuk manfaat bersama.
7) Menjadikan ICT sebagai wadah penyebaran ilmu yang cepat, tepat dan berkesan.
8) Meningkatkan martabat GPI dalam penggunaan ICT dan perintis kepada usaha mewujudkan laman web khusus untuk manfaat semua warga pendidikan.
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DEFINISI
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
OBJEKTIF
> Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.
> Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat GPI untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
> Menggembleng tenaga GPI dalam melaksanakan aktiviti panitia.
> Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
> Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam di sekolah.
> Menjadi penggerak kepada program dakwah dan bi’ah Islamiah di sekolah
ISU YANG PERLU DIFAHAMI
- Pemahaman tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia pendidikan Islam
- Pemahaman dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam
- Kerjasama sesama guru-guru Pendidikan Islam dan pihak lain yang berkaitan
- Fungsi Mesyuarat dan Perjumpaan Panitia Pendidikan Islam
- Pendokumentasian data / maklumat Pendidikan Islam / sistem fail.
VISI
- Berusaha membina peribadi pemimpin yang berdisiplin, berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.
MISI
- Berusaha memberi kefahaman dan ilmu pengetahuan mata pelajaran pendidikan Islam -berpandukan kurikulum yang telah ditetapkan.
- Berusaha melahirkan murid-murid yang berkualiti dan berdaya saing.
- Berusaha mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
- Mewujudkan pasukan pendidik pendidikan Islam yang mahir dari aspek penyampaian ilmu dan pengurusan.